1) Bihun (200g)
2) Ayam (100g)
3) Kobis dipotong kasar dan dicelur (sedikit)
4) Bawang merah (2 ulas)
5) Bawang putih (2 ulas)
6) Halia (1 inci)
7) Cili merah dipotong (sedikit)
8) Daun bawang (sedikit)
9) Tepung jagung (1 sudu)
10) Serbuk lada sulah (sedikit)
11) Gula dan garam (sedikit)
Masukkan ayam, hirisan halia, garam, dan air ke dalam periuk. Biarkan mendidih.
Angkat ayam dan toskan airnya. Carik-carikkan isi ayam nipis-nipis.
Celur bihun hingga lembut. Angkat dan toskan airnya.
Tumis bawang putih yang dicincang hingga wangi, diikuti dengan bawang merah.
Apabila bawang merah layu, masukkan air rebusan ayam. Biar mendidih.
Masukkan serbuk lada sulah, garam dan gula.
Masukkan kobis. Biar mendidih sebentar.
Masukkan tepung jagung yang dicairkan dengan sedikit air.
Kacau sebati dan hidang.