1) bihun (400g)
2) udang dibuang kulit (200g )
3) air rebusan udang
4) taugeh (1/4 cawan)
5) kucai (1/4 )
6) bawang putih (8 ulas )
7) cili merah (2 batang)
8) telur rebus ( secukupnya)
9) taucu
(2 sudu besar )
10) pes cili (2 sudu besar )
11) kicap cair (2 sudu besar)
12) air asam jawa (2 sudu besar)
13) santan (1 cawan )
14) minyak ( sedikit)
15) serbuk lada putih ( 1/2 sudu kecil )
Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga naik bau.Masukkan taucu dan udang dan goreng hingga udang bertukar warna
Masukkan cili, bihun dan kicap cair.Gaul rata.
Tapiskan air rebusan udang di dalamnya, kemudian masukkan taugeh, kucai dan serbuk lada putih. Kacau dan masak beberapa ketika hingga sebati.
Untuk sediakan sosnya, panaskan minyak dan masukkan bawang putih, taucu dan pes cili. Goreng hingga naik bau.
Kemudian curahkan air asam jawa, tumis hingga pecah minyak dan masukkan santan. Kacau rata diatas api sederjana hingga mereneh dan pekat. Siap untuk dihidang