1) Kentang (4 biji)
2) Telur (1 biji)
3) Buah Pala (1/2 biji)
4) Bawang Putih (1 ulas)
5) Serbuk Lada Putih (sedikit)
6) Garam (sedikit)
Rebus kentang hingga empuk. Angkat dan kupas kulitnya. (Rendam dalam air sejuk supaya lebih mudah dikupas.)
Tumbuk hancur buah pala dan bawang putih.
Masuk dan hancurkan kentang satu persatu.
Apabila lumat, masukkan ke dalam mangkuk bersama lada putih, garam dan telur. Gaul sebati.
Bentukkan adunan dan goreng sehingga garing keemasan.
Dimakan begitu sahaja bersama sos cili.