1) Daging cincang (100g)
2) Kentang - direbus (2 biji)
3) Saderi - dicincang (2 batang)
4) Daun Bawang - dipotong nipis (2 tangkai)
5) Bawang goreng (2 sudu)
6) Telur (2 biji)
7) Serbuk ketumbar (1/2 sudu kecil)
8) Serbuk jintan manis (1/2 sudu kecil)
9) Serbuk jintan putih (1/4 sudu kecil)
10) Serbuk lada sulah (1/2 sudu kecil)
11) Gula (secukup rasa)
12) Garam (secukup rasa)
Lenyek kentang rebus hingga hancur.
Campur dengan semua bahan lain kecuali telur. Gaul sebati membentuk doh.
Bentukkan adunan menjadi bulat kecil.
Masukkan telur ke dalam mangkuk dan pukul bersama sedikit garam.
Panaskan minyak.
Celupkan bebola ke dalam telur dan leperkan sedikit sebelum menggoreng. Balik-balikkan supaya masak rata.
Apabila garing, angkat dan toskan minyaknya. Hidang bersama sos cili.