Bahan untuk Beef Piccata
1) Daging (3 potong)
2) Telur (1 biji)
3) Keju parmesan (20g)
4) Mentega (30g)
5) Serbuk lada putih
6) Paprika
7) Garam
8) Minyak
Bahan untuk Sos Itali
1) Cendawan - dihiris (30g)
2) Mentega (20g)
3) Oregano - dicincang (5g)
4) Thyme - dicincang (5g)
5) Rosemary - dicincang (5g)
6) Bawang putih (3 ulas)
7) Pes tomato (20g)
8) Sos perang (100ml)
9) Serbuk lada putih
10) Garam
Mula-mula, perapkan daging bersama garam, serbuk lada putih, paprika dan minyak.
Kemudian, campurkan pula telur bersama keju parmesan dan kacau rata.
Setelah itu, cairkan mentega. Apabila mentega tersebut cair, perlahan-lahan ambil bahagian atasnya yang jernih.
Gunakan bahagian tersebut untuk menggoreng daging. Celupkan daging didalam adunan telur dan kemudian goreng sehingga daging tersebut empuk.
Sambil memasak daging, bolehlah sediakan sos Itali. Tumiskan bawang putih dan herba yang telah dicincang sehingga wangi.
Setelah itu, masukkan pes tomato, cendawan dan kacau rata.
Kemudian masukkan sos perang diikuti dengan whip cream. Kacau sehingga sos tersebut pekat.
Apabila daging tersebut telah empuk, angkat dan hidangkan bersama sos itali.