1) Air (2 liter)
2) Cincau - dicincang (1/2 cawan)
3) Susu Cair (1 tin)
4) Pati sirap merah (secukup rasa)
5) Ais Krim Soda (1 tin)
6) Gula (secukupnya)
Bancuh sirap merah, dan gula. Kacau hingga gula larut bersama air.
Perasakannya dengan susu cair, cincau dan ais krim soda.
Masukkan ketulan ais ke dalam air bancuhan.
Bandung Cincau sedia untuk dinikmati.