1) Dada ayam - dipotong kasar (2 keping)
2) Kentang - dipotong kasar (1 biji)
3) Asam jawa - dicairkan bersama 1 cawan air (1 sudu besar)
4) Bawang merah - dipotong bulat (1 biji)
5) Bawang putih - dihiris nipis (3 ulas)
6) Halia - dihiris kasar (1 inci)
7) Cili padi - dibelah tengah (10 biji)
8) Kicap manis (1/2 cawan)
9) Garam (sedikit)
Kaedahnya, panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan masukkan ayam. Goreng ayam ini sehingga separa masak.
Sejurus itu, masukkan bawang putih, halia dan bawang besar.
Masak sehingga naik bau serta bawang layu. Kemudian masukkan kentang.
Perasakan dengan sedikit garam dan masukkan pula cili padi. Goreng beberapa ketika dan seterusnya curahkan kicap manis serta air asam jawa.
Kacau rata semua bahan tersebut... dan kemudian tutupkan kuali. Biarkan masakan ini mereneh di atas api yang sederhana hingga semua rasa meresap sebati bersama ayam.
Apabila ayam telah sebati bersama semua rasa dan kuahnya telah pekat, tutupkan api….Dan ayam masak kicap pastinya enak untuk dinikmati bersama hidangan nasi panas. Selamat memasak..