1) Isi ayam - potong memanjang
2) Minyak bijan (2 sudu besar)
3) Kicap cair (1 sudu besar)
4) Halia - dicincang (2 cm)
5) Bawang putih - dicincang (2 ulas)
6) Tepung (50g)
7) Serbuk bijan (10g)
8) Telur - dipukul hancur (1 biji)
9) Lobak - dipotong panjang (1/2 biji)
10) Madu (2 sudu besar)
11) Daun salad campuran
12) Serbuk lada putih
13) Garam
Mula-mula, perapkan isi ayam bersama garam, serbuk lada putih, kicap cair, bawang putih, halia, dan juga minyak bijan. Kacau rata.
Sementara menunggu isi ayam sebati bersama bahan-bahan tadi, masak lobak bersama sedikit air dan curahkan madu.
Masak sehingga madu benar-benar likat dan menyaluti lobak tersebut. Kemudian angkat dan ketepikan
Setelah itu, celupkan isi ayam yang telah diperap tadi di dalam tepung, telur dan juga serbuk bijan.
Kemudian, panaskan minyak dan goreng ayam tersebut sehingga garing dan rangup.
Isi ayam bolehlah dihidang bersama lobak dan daun salad.