Bahan untuk Rempah Tandoori
1) Yogurt (1/2 cawan)
2) Bawang Putih - ditumbuk hancur (2 ulas)
3) Cili hijau - ditumbuk hancur (1 biji)
4) Halia - ditumbuk hancur (1/2 inci)
5) Garam masala (1 sudu kecil)
6) Paprika (1 sudu besar)
Bahan lain
1) Ayam (1/4 ekor)
2) Bawang Putih - dicincang (2 ulas)
3) Halia - dicincang (1/2 sudu)
4) Jus lemon (3/4 cawan)
5) Serbuk jintan putih (1/4 sudu besar)
6) Serbuk cili (1/2 sudu kecil)
7) Serbuk kunyit (1 sudu kecil)
8) Garam (secukup rasa)
Mula-mula-sediakan rempah tandoori. Campurkan semua bahan untuk membuatnya – cili, bawang putih, halia, yoghurt, garam masala, dan paprika. Kacau rata dan ketepikan seketika.
Seterusnya, campurkan ayam bersama, jintan putih, bawang putih, halia, serbuk kunyit, serbuk cili, jus lemon dan rempah tandoori tadi.
Gaul sebati ayam tersebut bersama semua bahan. Ayam ini perlu diperap semalaman sebelum dibakar.
Apabila siap diperap, bakar ayam ini di dalam ketuhar pada suhu 150 hingga 200 c lebih kurang 50 minit.
Ayam tandoori ini tidak berwarna merah sepertimana yang dimakan di kedai kerana resepi ini tidak mengunakan bahan pewarna. Selamat mencuba!