1) Ayam (1 ekor)
2) Serai (3 batang)
3) Halia (2 cm)
4) Bawang putih (2 ulas)
5) Bawang merah (2 ulas)
6) Tepung jagung (4 sudu)
7) Kicap manis (2 sudu)
8) Kicap cair (2 sudu)
9) Sos tiram (2 sudu)
10) Air asam jawa (1 sudu)
11) Minyak untuk menggoreng
12) Serbuk lada putih (sedikit)
13) Garam (sedikit)
14) Telur (2 biji)
Tumbuk halia, bawang putih dan bawang merah. Masukkan garam supaya lebih mudah hancur
Ratakan bahan tersebut bersama ayam dan perap seketika.
Ketuk serai dan masukkan ke dalam periuk. Curahkan sedikit air dan masukkan ayam bersama bahan perapan tadi serta air asam jawa.
Tutup periuk dan masak ayam hingga empuk.
Campurkan telur bersama serbuk lada putih, sos tiram, kicap cair dan kicap manis. Pukul dan masukkan tepung jagung sedikit demi sedikit.
Apabila ayam empuk, keluarkan dari periuk dan curah rata campuran bahan tadi ke atas ayam.
Goreng ayam hingga garing.