1) Ayam (1/2 ekor)
2) Bawang putih (2 ulas)
3) Cili padi (4 biji)
4) Halia (2 inci)
5) Tepung jagung (1 sudu kecil)
6) Minyak bijan (1/2 sudu kecil)
7) Air (1/2 cawan)
8) Kicap pekat (1/2 cawan)
9) Gula (sedikit)
10) Garam
Didihkan air, masukkan halia, garam & ayam. Tutup periuk.
Biar mendidih hingga ayam masak. Proses ini mengambil masa agak lama.
Potong halus cili padi. Ketuk dan cincang halus bawang putih.
Tumis bawang putih hingga wangi.
Masukkan kicap pekat, minyak bijan, dan sedikit air.
Masukkan tepung jagung yang dicairkan dengan sedikit air.
Kacau sebentar dan masukkan cili padi dan gula.
Apabila ayam masak, toskan airnya dan tuang sos tadi ke atas ayam.