Bahan Untuk Ayam Percik
1) Ayam (1 ekor)
2) Asam Keping (2 keping)
3) Lengkuas (1/2 ulas)
4) Halia (1 ulas)
5) Bawang Putih (4 ulas)
6) Bawang Merah (5 biji)
7) Serai (3 batang)
8) Santan (1 cawan)
9) Sos Tomato (1/2 cawan)
10) Pes Cili (1/2 cawan)
11) Air (1 liter)
12) Gula (secukupnya)
13) Garam (sedikit)
14) Minyak untuk menumis
Bahan Untuk Kuah Kacang
1) Kacang Tanah - digoreng (2 cawan)
2) Bawang Merah (2 biji)
3) Bawang Putih (4 ulas)
4) Asam Keping (3 keping)
5) Serai (2 batang)
6) Cili Padi (10 biji)
7) Udang Kering (1/2 cawan)
8) Pes Cili (1/2 cawan)
9) Air (1 liter)
10) Gula (secukup rasa)
11) Garam (sedikit)
12) Minyak untuk menumis
Kisar serai, bawang putih, halia, lengkuas dan bawang merah bersama sedikit air. Kisar rata hingga hancur.
Panaskan minyak. Masukkan semua bahan yang dikisar.
Masukkan pes cili dan gaul rata. Masukkan asam keping dan sedikit air.
Tambahkan sedikit gula, garam , santan, dan sos tomato. Masukkan ayam. Tutup periuk dengan penutupnya. Renehkan di atas api kecil.
Setelah ayam kelihatan empuk dan meresap sebati bersama kuahnya, angkat dan ketepikan ayam. Teruskan memasak kuah percik di atas api kecil hingga kering dan pekat.
Sementara itu, sediakan pula kuah kacang.
Kisar bawang merah, bawang putih, serai, cili padi, dan udang kering bersama sedikit air.
Tumbuk kacang tanah separuh hancur .
Panaskan minyak. Masukkan bahan yang telah dikisar.
Masukkan cili boh dan kacau rata. Biarkan mereneh seketika.
Masukkan kacang yang ditumbuk dan asam keping.
Curahkan air dan perasakan dengan gula serta garam secukup rasa.
Renehkannya seketika supaya kuah masak sebati. Biarkan kuah kacang benar-benar pekat dan kering.
Setelah kuah percik kelihatan kering, asingkan ke dalam bekas yang berlainan.
Kemudian, panaskan pemanggang elektik dengan minyak kuah percik tadi. Aturkan beberapa ketul ayam di atasnya.
Lumur ayam tersebut bersama minyak kuah percik. Panggang ayam dengan api sederhana
Bakar ayam hingga permukaan kulitnya bertukar warna dan garing.
Kecilkan api dan sapukan ayam bersama kuah percik, diikuti dengan kuah kacang.
Bakar lagi beberapa ketika hingga ayam bersalut sebati bersama kuah percik dan kuah kacang.