1) Ayam (1/2 ekor)
2) Kacang gajus - dicincang kasar (1/4 cawan)
3) Air (4 sudu besar)
4) Minyak sapi (2 sudu besar)
5) Tomato - dipotong wedges (1 biji)
6) Bawang putih - dicincang halus (2 ulas)
7) Cili merah - dicincang halus (1 biji)
8) Halia - dicincang halus (1 sudu kecil)
9) Daun ketumbar - dicincang kasar (1 sudu kecil)
10) Garam masala (1 sudu kecil)
11) Garam (sedikit)
Campurkan garam masala, cili, bawang putih, halia dan garam. Kacau bersama 2 sudu besar air.
Masukkan ayam & sebatikan bersama campuran bahan.
Cairkan minyak sapi. Goreng ayam bersama campuran bahan tadi.
Goreng hingga ayam empuk dan bahan campuran garing.
Masukkan kacang gajus, tomato, daun ketumbar dan 2 sudu besar air.
Kecilkan api dan tutup kuali. Biarkan mereneh dan semua bahan meresap sebati bersama ayam.
Sekali sekala buka penutup kuali dan kacau supaya tidak hangus.
Apabila ayam empuk dan tomato hampir hancur, buka penutup kuali.
Kacau beberapa ketika dan tutup api.