Bahan untuk Ayam Panggang
1) Dada ayam (1 potong)
2) Jus lemon (1/2 cawan)
3) Minyak (1 sudu besar)
4) Halia - dicincang halus (3 cm)
5) Bawang putih - dicincang halus (2 ulas)
6) Serbuk lada putih (sedikit)
7) Garam
Bahan untuk Ratatouille
1) Zucchini - potong dadu (1/2 biji)
2) Terung - potong dadu (1/2 biji)
3) Tomato - potong dadu (1 biji)
4) Bawang besar - dicincang (2 biji)
5) Bawang putih - dicincang (3 ulas)
6) Minyak zaiton (2 sudu besar)
7) Bay leaf (1 helai)
8) Daun thyme (sedikit)
9) Serbuk lada putih
10) Garam
Bahan untuk Kentang Burney
1) Kentang lenyek (1 mangkuk)
2) Kuning telur (1 biji)
3) Tepung (1/2 cawan)
4) Serbuk roti (1/2 cawan)
Bahan untuk Sos
1) Jus oren (20ml)
2) Sos perang (10ml)
3) Mentega (10g)
4) Bawang merah - dicincang (4 ulas)
5) Bawang putih - dicincang (2 ulas)
6) Serbuk lada putih
7) Garam
Walaupun bahannya nampak banyak namun kaedahnya senang saja
Mula-mula, perapkan ayam bersama bawang putih, halia, jus lemon, minyak zaiton, garam dan serbuk lada putih. Biarkan ayam tersebut sebati bersama bahan-bahan tersebut.
Sementara itu, bolehlah sediakan Ratatouille.
Tumiskan bawang besar dan masukkan semua sayur-sayuran tersebut.
Kemudian masukkan juga bay leaf dan daun thyme
Akhir sekali tambahkan garam dan serbuk lada putih kemudian kacau sebati.
Setelah ratatouille masak, sediakan pula kentang burney.
Mula-mula bulatkan kentang lenyek
Kemudian celupkan di dalam tepunng, telur dan kemudian di dalam serbuk roti.
Setelah itu, goreng Kentang Berny sehingga keemasan
Apabila kentang berny masak, pangganglah ayam yang telah diperap tadi.
Sementara menunggu ayam tersebut, bolehlah sediakan sosnya pula.
Tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga wangi.
Kemudian masukkan sos perang, jus oren serta mentega dan kacau sebati.
Akhir sekali tambahkan bahan perasa dan masak sehingga pekat.
Setelah ayam yang dipanggang tadi empuk, hidangkan bersama ratatouille, kentang berny dan curahkan sos oren.
Hidangan sedia untuk dihidang