1) Ayam (300g)
2) Kicap cair (2 sudu)
3) serbuk lada sulah (1/2 sudu kecil)
4) Halia dihiris halus (1cm)
5) Daun bawang
6) Garam (1/2 sudu kecil)
Masukkan ayam ke dalam 3 cawan air mendidih. Biar hingga empuk, angkat dan tos airnya.
Gaul rata garam dan serbuk lada sulah kepada ayam.
Susun daun bawang di dalam kuali dan letakkan ayam di atasnya. Tabur halia dan daun bawang selebihnya. Curahkan kicap cair dan 1 cawan air rebusan ayam.
Panaskan kuali dan tutup.
Biarkan masak sebelum dihidang.