1) Peha ayam tanpa tulang (1 potong)
2) Cendawan portobello dicincang (1 biji)
3) Keju mozzarella parut (1 sudu besar)
4) Garam (secukup rasa)
5) Serbuk lada putih (secukup rasa)
6) Minyak untuk menggoreng (secukupnya)
Ratakan paha ayam dengan garam dan serbuk lada putih.
Letakkan cendawan dan keju di tengah-tengah.
Gulung ayam dan ikat gulungan.
Goreng ayam hingga garing.
Setelah masak, angkat dan potong tali pengikat sebelum dihidang.