1) Ayam (600g)
2) Lengkuas (1 cm)
3) Kunyit (1 inci)
4) Halia (1 inci)
5) Bawang putih (2 ulas)
6) Bawang merah (6 ulas)
7) Kerisek (2 sudu besar)
8) Cili padi - dicelur (2 sudu besar)
9) Santan (4 cawan)
10) Pes cili (3 sudu besar)
11) Rempah kari ayam (2 sudu besar)
12) Air asam jawa (2 sudu besar)
13) Manisan (sedikit)
14) Garam
Cara membuatnya, kisar lengkuas, kunyit, bawang merah, halia dan bawang putih bersama sedikit air hingga lumat.
Seterusnya, masukkan juga rempah kari dan pes cili. Kisar lagi hingga sebati.
Setelah itu, masukkan bahan-bahan yang dikisar tadi ke dalam mangkuk ayam diikuti dengan garam, air asam jawa dan 1 cawan santan. Gaul hingga sebati dan perap seketika.
Kemudian, masukkan bahan-bahan tadi ke dalam periuk dan panaskan. Biarkan hingga mendidih.
Apabila sudah kelihatan pecah minyak, masukkan baki santan dan kacau sebentar.
Selepas itu, masukkan kerisek dan manisan. Biarkan lagi hingga mendidih. Kacau sekali-sekala untuk mengelakkan santan berketul.
Akhir sekali, masukkan cili padi yang sudah dicelur. Kacau seketika dan ayam gulai darat sedia untuk diihidang.