1) Ayam (200g)
2) Tepung jagung (3 sudu besar)
3) Serbuk kunyit (sedikit)
4) Serbuk lada hitam (sedikit)
5) Garam (sedikit)
Cara-caranya, Gaulkan ayam dengan serbuk kunyit, serbuk lada hitam, sedikit garam dan tepung jagung. Gaul sebati dan perap seketika.
Kemudian, panaskan minyak dan masukkan ayam tadi. Balik-balikkan, goreng sehingga garing dan sedia untuk dihidang.