1) Isi Ayam (200g)
2) Cendawan Kering - dicelur & dihiris nipis (2 biji)
3) Brokoli - dipotong kasar (50g)
4) Taugeh (50g)
5) Bawang Besar - dicincang kasar (1/2 biji)
6) Halia - dicincang halus (1 inci)
7) Stok Ayam (1/4 cawan)
8) Tepung Jagung (1 sudu besar)
9) Sos Tiram (2 sudu besar)
10) Kicap Pekat (1 sudu besar)
11) Kicap Cair (3 sudu besar)
12) Minyak Bijan (3 sudu besar)
13) Serbuk Lada Putih (secukup rasa)
14) Garam (secukup rasa)
Perap ayam bersama kicap cair, halia, minyak bijan, garam dan serbuk lada putih. Biar lebih kurang 15 minit.
Tumis bawang besar hingga layu dan naik bau.
Masukkan ayam dan goreng hingga hampir masak.
Masukkan semua bahan selebihnya - brokoli, stok ayam, sos tiram, cendawan, kicap pekat, tepung jagung (dicair dengan sedikit air) dan taugeh.
Gaul sebati dan sesuaikanlah perasa mengikut citarasa tersendiri.