1) Dada ayam - tanpa kulit (2 ketul)
2) Pasta - masak hingga lembut (50g)
3) Saderi - potong kasar (1 batang)
4) Lada benggala merah - potong dadu (1 biji)
5) Lada benggala hijau - potong dadu (1 biji)
6) Tomato roma - potong kasar (2 biji)
7) Bawang besar - cincang kasar (1 biji)
8) Bawang putih - cincang halus (2 ulas)
9) Cendawan butang dalam tin - potong empat (50g)
10) Epal cider (1 cawan)
11) Tomato puri (1 cawan)
12) Tepung gandum (1/2 cawan)
13) Air (1 cawan)
14) Pati ayam (1 kiub)
15) Oregano kering (1 sudu besar)
16) Serbuk lada hitam (sedikit)
17) Garam (secukup rasa)
18) Minyak - untuk menumis (3 sudu besar)
Ratakan ayam dengan sedikit garam, serbuk lada hitam, dan tepung.
Goreng ayam hingga empuk. Angkat dan ketepika.
Tumis bawang besar hinggga sedikit layu. Masukkan bawang putih.
Apabila naik bau, masukkan saderi dan lada benggala. Kacau dan biar hingga sedikit layu.
Tambah garam, serbuk lada hitam, ayam goreng tadi, cendawan butang, epal cider,secawan air, kiub pati ayam, tomato roma, tomato puri, dan oregano kering.
Tutup periuk dan reneh di atas api sederhana.
Apabila kuah mendidih dan sedikit pekat, masukkan pasta.
Masak lebih kurang 3 minit lagi supaya pasta tersebut sebati bersama semua rasa…