1) Ayam (300g)
2) Bawang putih (1 ulas)
3) Bawang merah (3 ulas)
4) Buah keras (1 biji)
5) Lengkuas (2 hiris)
6) Halia (1 inci)
7) Pes cili (2 sudu)
8) Gula (1 sudu kecil)
9) Garam (1 sudu kecil)
10) Air perahan limau nipis (1 sudu kecil)
11) Air (1 cawan)
12) Minyak untuk menumis (secukupnya)
Tumbuk lengkuas hingga lumat, diikuti dengan halia, kemudian buah keras. Asingkan.
Tumbuk bawang putih, diikuti dengan bawang merah.
Tumis bawang putih, bawang merah, serta lengkuas, halia dan buah keras yang ditumbuk.
Apabila naik bau, masukkan pes cili. Goreng hingga pecah minyak.
Masukkan ayam dan kacau sebati.
Masukkan 1 cawan air, garam, dan air limau nipis. Tutup periuk.
Biar hingga kuah sedikit kering dan pecah minyak.