1) Ayam - perap dengan sos perapan berlemon 2 jam (1/2 ekor)
2) Sos tomato (2 cawan)
3) Tomato puri (1 1/2 cawan)
4) Bawang bombay - dicincang halus (1 biji)
5) Bawang putih - dicincang halus (4 ulas)
6) Mustard (2 sudu besar)
7) Gula perang (2 sudu besar)
8) Paprika (2 sudu besar)
9) Serbuk cili (1 sudu besar)
10) Cayenne (1 sudu besar)
11) Sos worchestershire (1 sudu besar)
12) Cuka (2 sudu besar)
13) Minyak untuk menumis (sedikit)
14) Serbuk lada hitam (secukup rasa)
15) Garam (secukup rasa)
Mula-mula sediakan sosnya, panaskan minyak dan tumis bawang putih serta bawang besar sehingga wangi.
Kemudian masukkan tomato puri, sos tomato, mustard, gula perang, serbuk lada hitam, serbuk cili, sos worchestershire, cayenne, dan paprika.
Kacau rata dan kemudian tambahkan garam secukup rasa serta cuka.
Kacau lagi, dan kemudian perlahankan api dan tutup periuk. Biarkannya mereneh sehingga masak.
Sementara itu, keluarkan ayam yang telah siap diperap dan letakkan di atas dulang pembakar.
Bakar ayam ini pada suhu 250 darjah celcius dengan api penuh selama 40 minit.
Apabila sos tadi telah pekat dan benar-benar masak, tutup api dan ketepikan seketika.
Setelah 20 minit, buka semula ketuhar dan sadurkan ayam dengan sos bbq klasik yang dibuat tadi.
Tutup semula ketuhar dan biarkan 20minit lagi sehingga ayam dan sos masak sebati.
Apabila cukup 40 minit, segera keluarkan ayam. Sapukan semula lebihan sos tersebut menggantikan sos yang telah hangus semasa proses membakar tadi.
Ayam bakar bersos BBQ Klasik sedia untuk dihidang.