1) Ayam - perap dengan sos perapan berlemon 2 jam (1/2 ekor)
2) Gula perang (1/4 cawan)
3) Paprika (2 sudu besar)
4) Sos tomato (1 cawan)
5) Madu (1/4 cawan)
6) Cuka (1/4 cawan)
7) Air (1/4 cawan)
8) Bawang putih - dicincang (2 ulas)
9) Serbuk cili (1 sudu besar)
10) Minyak zaiton (3 sudu besar)
11) Garam (1 sudu kecil)
Tumis bawang putih hingga wangi dan masukkan semua bahan iaitu sos tomato, madu, paprika, gula perang, air, cuka, serbuk cili, dan juga garam.
Biarkan mereneh hingga kuah pekat.
Keluarkan ayam yang siap diperap dan letak di atas dulang pembakar.
Bakar ayam pada suhu 250 darjah celcius dengan api penuh selama 20 minit.
Apabila sos pekat dan masak, tutup api dan ketepikan seketika.
Setelah 20 minit, keluarkan ayam dari ketuhar dan sadurkan dengan sos bbq tadi.
Masukkan semula ke dalam ketuhar dan bakar 20minit lagi sehingga ayam dan sos masak sebati.
Apabila cukup 40 minit, segera keluarkan dari ketuhar. Sapukan lebihan sos.