1) Dada ayam - belah tengah untuk diletak inti (2 keping)
2) Bawang putih - digoreng dan dicincang (4 ulas)
3) Kentang bersaiz kecil - basuh bersih (100g)
4) Tomato ceri (15 biji)
5) Susu segar (1 cawan)
6) Kacang goreng - ditumbuk separa hancur (1/2 cawan)
7) Minyak zaitun (secukupnya)
8) Keju Parmesan (secukupnya)
9) Kiub ayam (1 ketul)
10) Sos plum (secukupnya)
11) Serbuk lada hitam (1 sudu besar)
12) Gula (1 sudu kecil)
13) Garam (1 sudu besar)
Masukkan kentang ke dalam dulang pembakar dan curah sedikit minyak zaiton. Bakar kentang pada suhu 250 darjah celcius selama 30 minit. (Selepas 15 minit, balik-balikkan kentang bakar dan masukkan 12 tomato ceri. Tutup semula dan biar 15 minit lagi)
Perap ayam bersama garam dan serbuk lada hitam. Goreng ayam selama 5 minit sehingga bertukar warna.
Campurkan kacang hancur, 3 biji tomato ceri (dicincang) dan sos plum.
Sumbatkan campuran di tengah ayam. Ketepikan seketika.
Bakar ayam pada suhu 250 darjah celcius selama 10 minit.
Renehkan kiub ayam bersama secawan air. Masukkan kentang dan tomato bakar tadi. Tambah bawang putih dan gula. Setelah kentang dan tomato lembut, lenyek hingga hancur. Masukkan serbuk lada hitam dan susu. Lenyek hingga sebati. Masak hingga pekat dan kering.
Hidang ayam bersama kentang putar tomato serta taburan keju parmesan.