1) Ikan Pari (5 ketul)
2) Bawang Merah Besar - dihiris nipis (2 biji)
3) Bawang Putih - dihiris nipis (5 ulas)
4) Halia - dihiris nipis (1 ulas)
5) Tomato - dibelah empat (2 biji)
6) Bunga Kantan (1 batang)
7) Asam Keping (4-5 keping)
8) Kerisik (1 sudu besar)
9) Serai (2 batang)
10) Lada Hitam (1 sudu kecil)
11) Gula (1 sudu kecil)
12) Garam (1 sudu kecil)
13) Air (2 liter)
14) Daun Kesum - beberapa helai
15) Cili Boh (1/2 cawan)
16) Minyak
Tumis bawang merah besar, bawang putih, dan cili boh hingga naik bau.
Masukkan halia, serai dan curahkan air. Masukkan juga kerisik, asam keping, garam, ikan pari, gula secukup rasa, lada hitam, daun kesum, serta bunga kantan.
Biarkannya mereneh dan sebati.
Setelah ikan empuk dan sebati bersama semua rasa, masukan tomato.
Renehkan di atas api yang sederhana. Biarkan hingga semua rasa serta aromanya sebati dan sesuai.