1) mentega (200 gm )
2) gula icing (1/2 cawan )
3) telur kuning (1 biji)
4) serbuk almond (1/2 cawan )
5) tepung kek (self raising flour) (3 cawan )
6) kacang almond dipanggang (secukupnya)
7) almond nibs (secukupnya)
8) coklat masakan (secukupnya)
1. Pukul mentega dan gula. Masukkan juga telur kuning sedikit demi sedikit. Pukul sehingga lembut dan sebati.
2. Kemudian Masukkan tepung kek dan serbuk almond.
3. Uli sehingga sebati dan lembut. Jika ia tidak melekat di tangan, bermakna ia telah siap diuli.
4. Seterusnya Bentukkan doh menjadi bulat dan masukkan kacang sebiji almond yang telah di panggang.
5. Bakar pada suhu 160 darjah celcius, selama 20 minit atau sehingga masak.
6. Apabila siap dibakar, biarkan biskut sejuk sebentar.
7. Sementara itu, cairkan coklat masakan dengan teknik double boiler. Celupkan biskut dan masukkan ke dalam bekas paper cup.
Biskut almond London sedia untuk dihidang, terutamanya ketika hari raya.