1) Agar-agar (1 bungkus)
2) Telur (2 biji)
3) Daun pandan - dipotong halus (2 helai)
4) Santan (2 cawan)
5) Gula (2 cawan)
6) Garam (sedikit)
Mula-mula, masukkan agar-agar ke dalam periuk diikuti dengan 4 cawan air. Panaskan periuk dan biarkan hingga agar-agar cair.
Sementara itu, kisar daun pandan bersama sedikit air. Setelah itu, tapis dan ambil airnya.
Kemudian, masukkan telur ke dalam mangkuk santan kacau sebentar dan masukkan sedikit garam. Kacau lagi hingga sebati.
Apabila agar-agar tadi cair, masukkan air daun pandan tadi, diikuti dengan gula.Kacau lagi hingga gula cair.
Selepas itu, masukkan campuran santan dan telur tadi sedikit demi sedikit sambil mengacau supaya tidak berketul.
Kacau seketika dan masukkan adunan tadi ke dalam loyang ataupun acuan.
Biarkan hingga sejuk dan agar-agar batik sedia untuk dihidang.