1) Bawang Besar - dipotong kasar (2 biji)
2) Bawang Putih - dihiris nipis (5 ulas)
3) Halia - dicincang halus (1 ulas)
4) Buah Prune (1/2 cawan)
5) Buah Plum Jeruk (12 biji)
6) Kismis (1 cawan)
7) Aprikot Kering (1/2 cawan)
8) Asam Boi (7 biji)
9) Tomato Puri (1/2 cawan)
10) Cili Boh (1/2 cawan)
11) Serbuk Kari (1 sudu kecil)
12) Cuka (2 sudu besar)
13) Gula (2 sudu besar)
14) Minyak untuk menumis (1/2 cawan)
Tumis hirisan bawang besar, bawang putih, halia dan pes cili. Kemudian masukkan tomato puri dan gaul rata.
Masukkan plum jeruk, buah prune, kismis, apricot kering, dan asam boi.
Perasakan dengan sedikit cuka, gula, dan serbuk kari. Gaul lagi supaya buah sebati bersama semua rasa dan kering.