KUIH GUNTING HARI RAYA
 
RATE
You have to log in to rate this recipe.
TryMasak This! [Add]


Resepi Sihat Yang Berkhasiat!


Mudah & Lebih Nilai


Ingredients

1 kg. tepung gandum
1 gelas minyak jagung
1 labu bawang kuning
4 ulas bawang putih
1 sudu besar serbuk cili
segenggam udang kering - rendam
sedikit daun sup
Garam dan air secukupnya
Minyak untuk menggoreng

Directions

1. Ayak tepung kedalam mangkuk adunan dan masukkan garam dan serbuk cili.
2. Blend semua bahan selebihnya hingga halus. Masukkan ke dalam tepung.
3. Masukkan minyak jagung ke dalam bahan tepung, tambahkan air secukupnya dan uli hingga doh lembut dan sebati.
4. Tutup adunan dan biarkan selama 1 jam.
5. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian dan buatkan bebola.
6. Canai bebola tadi anggaran 1/2 cm tebal, kemudian di potong berjalur jalur...gunting jaluran tadi,pendek atau  panjangnya..ikut cite rasa. (saya guna proses ni dengan mesin buat pasta - cepat dan mudah )
7. Kemudian goreng didalam minyak panas hingga kering dan rapuh. Toskan minyak dan angkat.Sejukkan sebelum di simpan di dalam bekas kedap udara.

ps: tak sah raya saya kalau tak de kuih gunting ni....hehehe..

Reviews (displaying 7 of 9 )

16:56:42 (September 16, 2009)
kalau org tu potong guna pisau jadi kuih pisau ke.
From: peach_tart
05:38:10 (September 15, 2009)
ooo..patut la kuih kenari cantik jer..
From: kenari
04:51:32 (September 15, 2009)
peach..proses menggelek membentuk tu kenari guna mesin buat pasta..jadi cepat lah sikit..only gunting pendek2 tu je guna gunting...so Ok laa....kekadang kita kena rajinkan diri khasnya kalu teringin nak makan tapi tok leh nak beli sebab tak de...cam kat sini...so nak tak nak kena buat sendiri... Bbfly..kenari perasan yang imin saje nak lelong umur dia tu...hi hi hi..
From: peach_tart
02:47:17 (September 15, 2009)
a`ah kan bbfly..smbil2 tu imin nk promote diri..muda lah katakan..rajin tul kenari buat kuih gunting ye..peach buat sikit pun dh tak larat nk gunting,ni kan pulak 1kg...adui...
00:29:02 (September 15, 2009)
ecey imin saje nk ckp dia muda lagi la tu eh?
From: kenari
21:52:23 (September 15, 2009)
sebenarnya kuih ni tak raya pun blh buat..tuk kudap2 sambil tgk TV...Muhaimin,hidup je baru 26 thn..tp mula 'melantak' sejak bila pulak tu ye?
From: muhaimin
18:40:03 (September 11, 2009)
ooooh namenye kuih gunting rupanye... dah hidup 26 tahun baru tau name kuih ni.. selame ni asik melantak tak tau pun ape name dia
 
 
© TryMasak, 2009-2010. The TryMasak logo, mascots and tagline are registered trademarks of Geoflex Sdn. Bhd. All rights reserved.