language
FRANKFURTER KRANZ
 
RATE
You have to log in to rate this recipe.
TryMasak This! [Add]


Download TryMasak: The Mobile Game for your mobile phone!


View our members


Ingredients

Bahan:

250g butter (room temperature)

150g gula

5 biji telor

1 sudu besar air limau

350g tepung

150g tepung sagu

2 sudu kecil serbuk penaik

 

Bahan cream:

250 g butter (room temperature)

200g gula icing

2 sudu besar gula vanilla (bolih gantikkan dengan vanilla essence)

 

Bahan crokant:

125g almond - tumbuk kasar

25g butter

50g gula

225g jam orange

Directions

Cara:

1. Pukul gula dan butter hingga kembang.

2. Masukkan telur dan air limau, kacau lagi hingga rata.

3. Kaup dan balikkan tepung dan tepung sagu juga serbuk penaik.

4. Tuang adunan kedalam tin pembakar yang berlubang tengahnya bakar selama lebih kurang 50 minit dengan suhu ketuhar 180°

5. Keluar dan sejukkan.

 

Bahan cream:

1. Pukul butter hingga kembang.

2. masukkan gula icing dan gula vanilla ,pukul lagi hingga kembang dan lembut.

 

Bahan crokant:

1. Panaskan butter dalam kuali, masukkan almond dan gula.kacau hingga caramelised.

2. Angkat dan sejukkan. Potong kek kepada 3 bahagian lapis. Sapukan bahagain bawah sekali dengan 1/3 dari cream, tutupkan dengan lapis kek yang kedua. Sapukan pula jam orange ke atas lapisan kek no.2 tutup dengan lapisan no.3. Akhir sekali sapukan cream selebihnya ke seluruh permukaan kek. Taburkan almond crokant keatasnya. Selamat mencuba!

Reviews (displaying 0 of 0 )

 
 
© TryMasak, 2009-2010. The TryMasak logo, mascots and tagline are registered trademarks of Geoflex Sdn. Bhd. All rights reserved.