Ingredients
4x slice meat Roulade
4 sudu kecil mustard
4 biji bawang besar - dadu
1 lobak merah sederhana besar - dadu
2 sudu besar minyak
pickled cucumber - potong nipis (jeruk)
serbuk lada hitam,garam,serbuk paprika,sehelai dua daun salam,
sedikit tepung jagung
250ml beafstock ( bolih ganti dengan air + 1 kiub pati daging)
1. Sapukan mustard keatas kepingan roulade.Taburkan dengan sedikit bawang dadu( dari 2 biji bawang sahaja)dan timun jeruk juga sedikit garam.
2. Gulung roulade, kemaskan dengan lidi atau ikat dengan benang.
3. Panaskan minyak dan goreng/sear roulade. Balik balikkan supaya tidak hangus.
4. Masukkan 2 biji bawang yang telah didadu dan juga lobak merah kedalam kuali.Goreng bersama roulade seketika.
5. Masukkan beafstock, paprika powder,serbuk lada hitam,(lebihkan lada hitam jika hendak lebih pedas!)dan daun salam. Tutup periuk dan masak/braise selama lebih kurang 40minit (atau hingga daging empuk/masak)
6. Masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan sedikit air untuk memekatkan kuah. Sesuaikan rasa asam garamnya.
7. Sesuai dihidang bersama ubi kentang rebus. (kentang kupas dan rebus dengan sedikit garam hingga masak,angkat dan toskan)
8. Angkat, buangkan lidi atau benang pengikat.Hidang Roulade bersama kuah dan ubi kentang rebus.
ps: Selain dari beaf,kita bolih gunakan veal,ayam,atau daging ayam belanda, yang penting ianya dipotong nipis,ianya tanpa lemak,supaya mudah digulung dan mudah empuk.







© TryMasak, 2009-2010. The TryMasak logo, mascots and tagline are registered trademarks of Geoflex Sdn. Bhd. All rights reserved.