CAKOI
 
RATE
You have to log in to rate this recipe.
TryMasak This! [Add]


Resepi Sihat Yang Berkhasiat!


Tamin - Rasa Sekali, Hendak Lagi!


Ingredients

1 kg Tepung Gandum
1 cawan Gula
2 sudu besar Garam Halus
2 sudu teh ibu roti (mauripan/instant yeast)
2 sudu besar lemak sayur / marjerin (dicairkan)
2 sudu besar susu tepung @ (susu pekat Manis kurangkan gula 2 sudu besar)
1 sudu teh bread improver (untuk melembutkan doh)
700 ml air
Directions

Sediakan satu bekas besar
Masukkan separuh dulu air ke dalam bekas
Masukkan gula, garam, susu, ibu roti, bread improver, kacau supaya sebati
Masukkan lemak sayur yang dicairkan di atas suhu panas
Kemudian masukkan tepung dan baki air tadi
Gaul sehingga sebati
Perapkan selama 1 jam / sehingga naik 2 kali ganda
Selepas naik bolehlah dicanai panjang di atas meja yang ditabur tepung
Potong memanjang selebar 2 jari, tekan di bahagian tengah doh dengan sebatang chopstick yang dicelup terlebih dahulu ke dalam air, kemudian angkat dan digoreng di dalam minyak yang panas, goreng sehingga kekuningan, angkat toskan minyak
Siap dihidang, cakoi sedap di makan begitu sahaja atau bersama gulai kari (ikan/ayam/daging), kopi O, kaya / jem, ice cream, kuah kacang  atau kuah sate.
* Resepi Cakoi ini juga boleh dibuat Pau Goreng

Caranya:-
Bancuh adunan tadi keras sedikit (kurangkan air)
Sediakan inti kacang merah atau kacang hijau atau apa sahaja inti kegemaran anda (boleh dibeli siap) di kedai menjual bahan-bahan kek
Ambil doh sebesar bola pingpong, isikan inti kemudian bulatkan,biarkan sebentar, tekan menjadi leper sebelum digoreng
Balikkan ketika digoreng sehingga kekuningan, angkat sedia dihidangkan / dijual
Resepi Cakoi & Pau Goreng ini pasti mendapat sambutan jika dijual panas-panas! Gerenti!

* Satu kilo tepung boleh dapat 80 hingga 90 biji
Reviews (displaying 7 of 10 )

From: asmawir
21:14:53 (May 9, 2012)
sedap kalau cecah dgn sambal goreng .
From: asmawir
21:14:53 (May 9, 2012)
sedap kalau cecah dgn sambal goreng .
From: jjasecca
15:29:25 (November 4, 2011)
bole la kta cube ni..:)
From: yana87
15:25:27 (October 28, 2011)
mmg jadi ke kalau ikut resepi nie...dah fobia wat cakoi asyik xmenjadi je..hehhe
10:46:07 (October 21, 2011)
letak inti chocolate boleh?
From: kash
20:33:21 (October 18, 2011)
nak try la nti,my fav cakoi.....inti kaya
From: ainie
14:12:22 (October 4, 2011)
sedap makan panas2 ni, kalau dah sejuk ia jadik cam liat sikit kan
 
 
© TryMasak, 2009-2010. The TryMasak logo, mascots and tagline are registered trademarks of Geoflex Sdn. Bhd. All rights reserved.