1 bungkus bihun (400g) -dicelur hingga lembut
10 - 15 ekor udang (saiz sederhana) - dibersihkan dan dibuang kulit
3 ekor sotong (saiz sederhana) - dipotong kecil
1 biji tomato - dipotong kasar
3 tangkai daun bawang- dipotong kasar memanjang
1 batang lobak merah (saiz sederhana) - dipotong bulat nipis
2 ulas bawang putih - tumbuk hancur
5 helai daun limau purut (saiz kecil) - dikoyak-koyakkan
1 batang serai - dihiris nipis
5 - 6 biji cili padi (boleh tambah atau kurangkan jumlahnya ikut citarasa)
2 kiub tomyam (boleh tukar guna pes)
1 biji limau nipis
pes cili 2 - 3 sudu besar (atau ikut citarasa masing2)
garam secukup rasa
- panaskan minyak. tumis pes cili, bawang putih dan bawang merah serta kiub tomyam. Kacau dan hancurkan kiub tomyam. Tunggu hingga pecah minyak
- masukkan serai dan daun limau purut. Biarkan aromanya naik.
- tambah sedikit air jika terlalu kering, kemudian masukkan udang, sotong dan lobak merah. Perasakan dengan sedikit garam dan kacau beberapa ketika.
- kemudian masukkan bihun dan cili padi. kacau hingga bihun sebati bersama semua bahan dan semua rasa.
- setelah sebati, masukkan daun bawang, tomato, dan akhir sekali perahkan jus limau nipis.
- kacau seketika hingga daun bawang dan tomato sedikit layu. Tutup api dan hidangkan ketika panas... yummy!!!
(bihun boleh juga ditukar kepada nasi, mee ataupun kueyteow)
Kacau dan hancurkan kiub tomyam. Tunggu hingga pecah minyak
- masukkan serai dan daun limau purut. Biarkan aromanya naik