Ingredients
Puding Roti Kismis (Kukus)
- 8 keping roti high grain (potong kulit tepinya)
- 400-500ml susu segar (rendah lemak :D)
- 3 sudu besar gula perang lembut (soft brown sugar)
- 2 biji telur - dipukul sebati
- Kismis/Sultanas
- Mentega/marjerin untuk menyapu roti
- 1 1/2 sudu kecil esen vanilla
Sos Kastad
- 400ml susu segar (low fat)
- 2 sudu besar kastad
- 1 1/2 sudu besar gula perang lembut
- 1 sudu kecil esen vanilla
Directions
untuk menyediakan puding roti
- Campurkan telur yang telah dipukul sebati bersama dengan gula perang. Kacau sehingga gula hancur.
- Curahkan susu, dan esen vanilla. Kacau sebati.
- Tapiskan adunan ini dan Ketepikan.
- Sapu nipis mentega/marjerin pada kedua2 belah roti *Pastikan sapuan tersebut tidak terlalu banyak/ tebal*
- Kemudian potong empat roti tersebut.
- Sapu acuan dengan sedikit mentega.
- Tabur rata kismis di dasar acuan. Tutupkan dengan lapisan roti. Curahkan adunan susu sehingga ke paras roti.
- Tabur lagi kismis diikuti dengan lapisan roti dan curahan adunan susu. Ulangi sehingga semua bahan habis.
- Kukus puding ini lebih kurang 30minit atau sehingga masak.
untuk menyediakan sos kastad
- Campurkan semua bahan - susu, kastad, gula perang, esen vanilla.
- Kacau sehingga tepung sebati (tidak berketul) dan gula hancur. Tapiskan.
- Masak di atas api perlahan dan dikacau sentiasa.
- Kacau sehingga adunan ini benar-benar pekat dan masak
*puding ini boleh dimakan secara panas atau sejuk. Jemput TryMasak sendiri.. :D
Reviews (displaying 5 of 5 )
try tau.. xtau la kena ngan citarasa kenari ke tak.. tapi nie agak healthy ok.. guna high grain bread, low fat milk, soft brown sugar lagik.. hee :D
ooooooo...tq for the info iela! will try ler... ;)
owh roti tue xperlu tekan n padat2 kan tau. letak camtue jek.. klu lubang sket2 tue biar jek. Nant bila masak da xdek lubang2 tue pun coz roti tue serap ngan adunan susu. Bila masak dia cam moist jek.. klu bakar pun boleh kot resepi nie tp xtau la cane hasilnya.. :P
hehee.. de gambar tapi lam h/p kawan :P.. t la amik..hee
wowei, nak cuba gak resepi ni..siap ada sauce lagi..steam versi lagi tuh! siap (tak) ada gambar lah pulak?ekekeke..bila nak add?








© TryMasak, 2009-2010. The TryMasak logo, mascots and tagline are registered trademarks of Geoflex Sdn. Bhd. All rights reserved.