Ingredients
Pudding kastad:
- 6 sudu besar tepung kastad
- 4 sudu besar susu pekat
- 4 sudu besar gula
- 1.5 liter air
Kuah cocktail:
- 1 tin cocktail (650g)
- 1 tin susu cair
- 2 tin air masak
- 8 sudu besar gula atau mengikut citarasa
Directions
Untuk membuat pudding kastad:
Masukkan tepung kastad ke dalam periuk bersama dengan air dan kacau sebati.
Kemudian tambahkan pula susu pekat dan gula.
Panaskan periuk di atas api yang sederhana.
Kacau sentiasa sehingga adunan pekat dan likat.
Angkat dan masukkan ke dalam acuan.
Sejuk bekukannya di dalam peti ais.
Untuk memasak kuah cocktail:
Masukkan semua bahan ke dalam periuk.
Hanya perlu panaskan kuah ini sehingga suam dan gula hancur.
Kemudian terus angkat.
Sejukkan juga di dalam peti ais.
Sedia dimakan bersama2 dengan pudding cocktail.
Reviews (displaying 7 of 8 )
isk3x dasyat sungguh iela ni..nak kurung kita lah pulak....hishhh..mana dia pudding tu? mesti tak jadi buat...kan kan kan? :P
housemate request buat pudding nie dari bulan puasa ari tue tapi xterbuat2 lagik.. this weekend boleh la buat..letak buah banyak2 skit best nie :D
bbfly:: hahahaa... kan? da lama gila janji ngan korang nak upload tapi xupload2 gak... :P nie baru berkesempatan (ceh macam busy sgt jek bunyinya... :P)
kenari:: ala la la manjanya burung kenari biru nie, nak g cari sangkar PINK la jap g nak kurung.. da la burung ni pandai masak, boleh la suruh dia masak hari2.. :)) hahaha... yups panas2 camni memang syoooookkk sgt2 makan puding2 camni... memang sesuai sgt2 so silalah TRYMASAK resepi yg terhidang nie ye... kalau iela masak kat sini jawabnya iela makan sendiri je la :P
yayyyy dah lama tunggu recipe niiii, thanks iela!! sedapnyaaaaa~
celik je mata kena tagged..bila tgk..weiiiii...sedap tul makanan dlm pinggan PINK nie...panas2 gini best kan dpt makan makanan camni?..ielaaaaa....nak10x.....muka manja2 ni..
hahahaa...:P







© TryMasak, 2009-2010. The TryMasak logo, mascots and tagline are registered trademarks of Geoflex Sdn. Bhd. All rights reserved.