PAU AYAM
 
RATE
You have to log in to rate this recipe.
TryMasak This! [Add]




Resepi Sihat Yang Berkhasiat!


Ingredients

Kulit Pau

500gm tepung pau (brand blue key)

6gm yis basah

100gm gula

100gm shortening (lemak sayuran)

250gm air suam

1/2 sk garam

 

Inti Ayam

 

A

300gm isi ayam di potong kecil

1/2 biji sengkuang (di hiris)

6 cendawan shitake kering  (di rendam dan di hiris)

2 pokok daun bawang  (di hiris)

1 sb sos tiram

1 sb kicap cair

1 sk gula

1 biji bawang besar ( di potong kuib)

1 sb tepung kanji

1 sk lada sulah

1 sk minyak sesame

 

B

1 sk halia cincang

3 ulas bawang putih (dicincang)

3 sb minyak masak

 

C

2 biji telur rebus - sebiji potong 4

 

Directions


Cara memasak inti ayam

 

1. Gaul semua bahan A dan di biar 1/2jam

2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan B hingga wangi

3. Masukan bahan A dan di goreng hingga masak

4. Di biar sejuk.

 

Cara membuat kulit pau

 

1. Tepung di ayak dahulu

2. Gaulkan shortening bersama tepung pau.

3. Larutan gula, garam dan yis dalam air suam.

4. Dibair 10minit untuk yis naik berbuih

5. Gaulkan air larutan yis kedalam tepung.

6.  Teruskan menguli hingga doh menjadi kental selama 20minit, guna tangan

7. Bahagi adunan 12 biji, bulatkan.

8. Leperkan doh bulat guna roller, letak 1/4 telur rebus dan inti ayam.

9. Di bentuk pau dan dilapik dengan kertas dipotong mengikut

saiz pau.

10.  Dibiarkan pau rehat and naik selama 1 jam 15 minit (jangan lebih lama dari itu)

11. Kukus pau selama 15minit. (Jangan lebih lama dari itu)

12. Sedap di makan panas-panas.

13. Pau yang telah sejuk boleh dikukus semula.

 

* Tips

Air kukusan boleh di tambah sedikit cuka untuk memutihkan pau.

 

 

Reviews (displaying 7 of 8 )

17:20:17 (December 9, 2009)
sedapnye pau.. bbfly suka inti kacang merah :D
From: gingermadu
21:37:29 (December 8, 2009)
Kenari, i will try again upload esok, kena bagi kawan tolong dulu. hehehe..and i will go forum tu nanti..Thanks...
From: kenari
21:22:07 (December 8, 2009)
gingermadu..kenari chronic typo tau! sebab tu banyak silap taip..heheh sume rakyat jelata trymasak tau kelemahan kenari ni...kan kan kan trymasak? :P
From: kenari
21:20:07 (December 8, 2009)
ohh bolih lah guna tepung srbaguna biasa yek? well leh cuba lah kalu camtu...err pasal gambar tu...gingermadu guna firefox ke IE? kalu IE..apa versi yek?...kalu ada problem pasal upload gamabr or anything...kat forum ada khas about that..gingermadu kena shout kat situ..so nanti admin pasti akan bantu! cepaaaaaaaaaat! sebba kenari nak tenguk gambarnya...ehehehehe
From: gingermadu
21:05:44 (December 8, 2009)
Kenari,i dah tgk kotak pau tu and ia just tulis " Tepung gandum dan kondisioner makanan yang dibenarkan". Yes, bole guna tepung biasa juga,janji kena guna yis basah and senang terus balut lepas kneading..i pernah guna yis kering langsung donat tak naik..huhuhu.. why my picture tak bole upload? Berbalik pulak tu..haha
From: gingermadu
20:52:23 (December 8, 2009)
Peach bole try buat pau berinti kelapa atau pun red bean paste..Memang putih gebu kalu guna tepung pau, cubalah..
From: kenari
16:11:04 (December 8, 2009)
ehmm..gingermadu....apa ye kandungan tepung pau tu? leh bagitahu tak?mesti ada tulis kat paket dia kan?...ehmm alternative..leh ke guna tepung serbaguna biasa?...
 
 
© TryMasak, 2009-2010. The TryMasak logo, mascots and tagline are registered trademarks of Geoflex Sdn. Bhd. All rights reserved.