SOTONG SUMBAT BERPERISA
 
RATE
You have to log in to rate this recipe.
TryMasak This! [Add]


Tonton Video Masakan Dari Cabaran 1001 Rasa


Cinta Tanpa Kolesterol


Ingredients

sotong -10 ekor, sederhana besar.

udang basah 100 gram

daging lembu/ayam 100 gram

daun sup -sedikit

cili kering - 50 gram /agak2 3 sudu beasr bila di mesin

2 biji cili merah

bawang merah 5 ulas

bawang putih 2 ulas

buah keras 2 biji

santan dari 1/2 kelapa ,1 mangkuk sedang

asam gelugor 1 keping sederhana besar

1 batang serai

minyak menumis - 2 sudu besar

Directions

Sotong di bersihkan, jangan potong. Daging dan isi udang di cincang halus, letakkan sedikit garam. bila sudah hancur dan sebati gaulkan sekali daun sup yang di mayang halus.

Masukkan isi daging dan udang tadi dalam perut sotong, akhir sekali masukkan kepala sotong dan di cucukkan lidi agar isi tidak keluar.

Cili merah,cili kering, bawang merah, putih, buah keras,di kisar halus. Panaskan kuali dan minyak. Tumis cili yang di kisar dengan bawang, serai dan buah keras. bila naik bau, masukkan santan dan asam keping.

Perlahankan api dan bila santan mendidih, masukkan sotong . Masak dengan api sederhana , letakkan garam dan sedikit gula (ikut suka, boleh di tiadakan jika mahu).

Balikkan dan masak hingga kuah pekat. Angkat dan hidangkan dengan nasi panas.

Reviews (displaying 7 of 7 )

From: achik
12:23:51 (September 28, 2010)
selalu masak sotong sweetsour,sambal,black pepper.ni lain sikit.nak try la.lemak2 pedas mesti sodap.ala2 sotong sumbat pulut.
00:25:16 (June 10, 2009)
mestilah best! kat dalam website ni ada sotong sumbat pulut.. tu la first time tgk sotong sumbat udang&daging..
From: dindaatun
23:46:20 (June 10, 2009)
eh! mcm best jer resipi ni. nak try weekend ni.
From: kenari
22:03:20 (June 10, 2009)
dah lama kenal bbfly ni sebab tu faham sangat..heheheh
17:26:23 (June 10, 2009)
kenari faham2 je.. hehe :D
From: kenari
05:17:47 (June 9, 2009)
A'aa laaa...3 in 1 heheheh...tapi tadi agak fening gak memula baca..heheheh rasanya lah kan...deanida lupa nak letak (koma ,)atau (titik .)ingatkan tadi "jangan potong daging"...tp tak pe blh fagam...kenari pun selalu gak tulis silap...hehehehe... mesti sedap kan sotong ni?..bole cuba nih bagi bbfly rasa...:P
20:22:26 (June 9, 2009)
wow! sotong, udang, daging.. 3 in 1.. tak pernah rasa yg macam ni.. thanx deanida!
 
 
© TryMasak, 2009-2010. The TryMasak logo, mascots and tagline are registered trademarks of Geoflex Sdn. Bhd. All rights reserved.