Ingredients
200 gm ikan bilis- buang perut dan belah dua jika besar.
3 sudu makan cili kering
5 biji bawang merah
minyak untuk menggoreng ikan bilis garam - ikut rasa
Directions
Cili di mesin bersama bawang merah hingga halus Basuh ikan bilis dan toskan
Panaskan minyak dan goreng ikan bilis hingga garing. Angkat dan toskan minyak Kurangkan minyak hanya untuk menggoreng cili (dalam 3 sudu makan)
Gorengkan cili mesin dengan api sederhana panas dan kacau hingga kelihatan garing. Campurkan garam (ikut suka, ada ikan bilis agak masin, hanya sedikit garam di perlukan)
Gaulkan ikan bilis dan adukkan hingga sebati untuk beberapa minit. Angkat. Bila sejuk, masukkan dalam bekas. Sambal ini tahan lama dan kekal garing. Enak di makan bersama roti atau lempeng.
Reviews (displaying 2 of 2 )
deanida... time kacih ye... balik nanti bolehla buat...
simple je nak buat.. baru tau.. hehe





© TryMasak, 2009-2010. The TryMasak logo, mascots and tagline are registered trademarks of Geoflex Sdn. Bhd. All rights reserved.