Ingredients
7 udang sederhana besar
3 sudu besar mentega
1 biji telur
1 tangkai daun kari
4 biji cili padi
1 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
2 sudu besar stok ayam
Serbuk lada putih
Garam
Gula
Directions
1. Goreng udang sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
2. Kurangkan minyak, masukkan mentega.
3. Apabila mentega cair, masukkan telur sedikit demi sedikit sambil dikacau.
4. Masukkan bawang putih, bawang merah, daun kari, cili padi, dan stok ayam.
5. Perasakan dengan sedikit serbuk lada putih, garam, dan gula.
6. Masukkan udang, sebatikan beberapa minit sebelum dihidang.
Reviews (displaying 7 of 19 )
201565, kalau kat restoran tu dia buat "floss" nye lain2 dengan buat udangnya.. utk udang tu kena deep fry minyak panas tapi sekejap je, buat asing2 jugak.. lepas tu baru tumis bahan lain dan udang yang dah masak tu..
mcmana nk buat jadi crispy mcm biasa di makan di restoran tu?boleh bagi tips nya?
jom try ainie!
Terliur tgk pic ni..nak kne try buat ni...
anabella, yang creamy berkuah bbfly tak reti lah.. tapi kalau nak yang ada floss banyak2 tu bbfly tau resepi dia, nanti i'll share :D
bbfly resepi ni butter prawn yg kering kan?? masak butter prawn yg berkuah kmu ada resepinya ke??
haa? tangkap burung..?alamak tak pandai la bbfly..anak peach demam ari ni,teringat burung dia kut...hari sabtu ni metua peach datang kl,tak tau la dia bawak ker tak burung tu..kitaorng bli burung tu kat kg, bbfly..








© TryMasak, 2009-2010. The TryMasak logo, mascots and tagline are registered trademarks of Geoflex Sdn. Bhd. All rights reserved.