TRUFFLE KURMA BERSALUT PISTACHIO
 
RATE
You have to log in to rate this recipe.
TryMasak This! [Add]


Resepi Sihat Yang Berkhasiat!


Imam Muda Asyraf - Sistem Peringatan Amalan Harian


Ingredients

Bahan-bahan (utk ~30 biji):
1 peket susu Hi-Goat(di bancuh dengan 100 ml air suam sahaja)
60 gm kurma lembut
200 gm Dark Chocolate couverture (70% cocoa content)
Pistachio yang telah dipanggang dan dicincang untuk menyalut ganache
Directions

1) Panaskan susu Hi-goat dan kurma lembut yang hanya dilenyek secara double boil.

2) Kemudian curahkan campuran yang panas tadi ke dalam bekas yang berisi coklat couverture hitam yang sejuk. Biarkan coklat terrendam sebentar, kemudian gaul hingga sebati.

3) Letakkan ganache yang dibuat itu ke dalam bekas dan sejukkan ~2 jam atau lebih di dalam peti sejuk sehingga firm supaya mudah diroll.

4) Scoop ganache yang telah firm dengan mengunakan melon scoop (kalau tak ada guna saja sudu teh) pada anggaran saiz ~10-12 gm each, roll dan kemudian salutkan dengan pistachio cincang. Teknik salutan mudah ini sesuai jika coklat ini dibuat untuk makan sendiri dan akan dimakan secepat mungkin (tahan ~2 minggu jika disimpan dalam peti sejuk dan jika difreezekan boleh tahan lebih dari sebulan). Walaubagaimana pun jika anda hendak memberi coklat ini sebagai hadiah anda perlu menyalut (enrobe) ganache tersebut dengan coklat (samada coklat compound atau couverture) dahulu sebelum disalut dengan pistachio cincang.
Reviews (displaying 3 of 3 )

From: Umm_Anas
16:58:41 (September 1, 2010)
Sudah tentu you boleh ganti susu hi-goat dengan susu tepung, cream etc. Tujuan guna hi-goat adalah untuk mereka yang alah pada susu lembu..kalau nak tengok gambar singgahlah ke blog saya, sbb saya dah cuba nak upload gambar tapi tak dapat..http://www.homechoc.com/2010/08/truffle-kurma-bersalut-pistachio.html
From: kenari
16:29:36 (September 1, 2010)
ya lah umm_anas..bolih ke replaced ngan susu atau cream segar agaknya???
From: iela
11:26:02 (September 1, 2010)
umm anas, ade alternatif lain tak selain guna susu hi-goat tue? boleh guna susu tepung biasa ke..
 
 
© TryMasak, 2009-2010. The TryMasak logo, mascots and tagline are registered trademarks of Geoflex Sdn. Bhd. All rights reserved.