Ingredients
500 gm tepung high protein
300 ml air
2 tsp yeast kering
1/2 tsp garam
1 tbp marjerin (kalau nak lagi sihat tukarkan dengan minyak zaitun)
10 gm wholemeal (boleh diganti dengan wheat germ atau oats)
5 - 7 biji buah zaitun (hitam atau hijau)
secubit mixed herbs (kalau tak letak pun tak apa)
Directions
- Campurkan semua bahan kering. Tambahkan air dan diuli hingga sebati. Setelah itu tambahkan marjerin dan diuli kembali sehingga doh menjadi lembut dan kenyal. Kalau mengunakan mesin penguli roti, doh ini diuli selama 10 min. Jika guna automatic bread machine, perlu ratiokan bahan diatas mengikut kapasiti mesin anda, kemudian cuma buat sampai tahap doh saja.
- Setelah itu naikkan doh selama ~40 min sampai doh mengembang dua kali ganda.
- Bahagikan doh menjadi 3 bahagian. Ratakan doh dan kemudian digulung membentuk jaluran panjang macam gambar dibawah. Biar naik selama ~10-15 minit, sapu air dan potong permukaan dengan pisau tajam sebelum dibakar pada suhu 190�C selama ~ 20 min.
- Untuk lebih cantik bakar baguette mengunakan loyang seperti di bawah, tapi kalau tak ada guna saja loyang pembakar biasa.
Reviews (displaying 6 of 6 )
iela jemput diri sendiri. oh bbfly pun dekat je dengan bangi. hehe..
wowwieeeeeeeee.... kembang elok jek roti umm anas...
owh dilaBangi nant kalau buat roti nie bgtau k, boleh iela jadi tukang rasa.. iela kat bangi jugak.. *hahhaa tak malu betol :P *
Tq for sharing Umm Anas...
teringin nak buat roti ni...nice!
jd ape bbfly..kayu..? gorila..?heheee...peach tak pernah cuba buat roti..mcm tak yakin jer menjadi..
takut nak baking2.. takut bukak2 oven jadi benda lain :p
wah! ni sedap ni Umm Anas!saya pun suka buat dan makan :)







© TryMasak, 2009-2010. The TryMasak logo, mascots and tagline are registered trademarks of Geoflex Sdn. Bhd. All rights reserved.