KEK EPAL
 
RATE
You have to log in to rate this recipe.
TryMasak This! [Add]


Mudah & Lebih Nilai


Tonton Video Masakan Dari Cabaran 1001 Rasa


Ingredients

4 biji epal (pengunaan epal hijau yg masam lebih sedap berbanding dengan epal yg manis)
110 gm tepung
2 biji telur saiz A
135 gm gula perang
110 gm minyak masak (saya campurkan sedikit minyak carotino dengan minyak masak biasa untuk menghasilkan warna yang lebih menarik )
3/4 tsp baking powder
3 tbp jus lemon
1/2 tsp vanilla
Secubit garam
Directions

  1. Buah epal dibuang kulit dan dipotong dadu
  2. Campurkan tepung, garam dan baking powder
  3. Pukul telur, vanilla dan gula merah hingga kembang. Kemudian bubuh campuran tepung tadi. Kacau hingga sebati baru bubuh minyak dan jus lemon
  4. Setelah sebati baru bubuh buah epal
  5. Masukkan dalam springform pan (saya guna 7") yang telah disapu margerin.
  6. Bakar dalam oven pada suhu 180 C lebih kurang 45-60 min atau sehingga kek tidak melekat pada pisau bila dicucuk bahagian tengahnya (pastikan oven telah dipanaskan sebelum memasukkan kek).
Reviews (displaying 7 of 8 )

18:26:45 (May 26, 2011)
hehe, apa beza apple pie and apple cake eh...
From: kakiMakan
12:27:42 (May 26, 2011)
sihat mkn kek ni
From: ainie
15:53:39 (May 10, 2011)
owh, ye ke?thanks..
From: Umm_Anas
12:45:23 (May 10, 2011)
Kalau tak nak buang kulit boleh aje. Kek ni sedap makan when it is still warm...selamat mencuba
From: ainie
10:27:56 (May 10, 2011)
kalau tanak buang kulit epal boleh ke?
From: kenari
15:47:26 (May 9, 2011)
BB ni bukan pie..tp cake - ikut kepastian kenari laaa :) hehe
From: kenari
15:46:38 (May 9, 2011)
simple je bahan2 dia..pasti best dan sedap! :)
 
 
© TryMasak, 2009-2010. The TryMasak logo, mascots and tagline are registered trademarks of Geoflex Sdn. Bhd. All rights reserved.