KEK LAPIS CHEESE WATERMELON
 
RATE
You have to log in to rate this recipe.
TryMasak This! [Add]


Resepi Sihat Yang Berkhasiat!


FIM - Peneraju Kursus Seni Kulinari & Makanan


Ingredients

Bahan A
10 biji telur (saya guna gred A)
150gm gula halus
180 gram tepung hong kong
30 gram ovalet

Bahan B
100gm horlick

Bahan C
450gm mentega (biar lembut)
250gm cream cheese (biar lembut)

400 gram susu pekat manis

Bahan D
chocolate chips

Directions

Kek ini menggunakan method Sponge Cake Method  ya.

Saya menggunakan mixer berkuasa kuda sederhana:P

1.  Pukul Bahan A - pukul laju maksimum selama 4 minit

2.  Masukkan Bahan B, ke dalam Bahan A, sedikit demi sedikit hingga habis.  Teruskan memukul Bahan A + B dengan kelajuan tinggi selama 1 minit lagi.

3.  Bahan C - Butter & cream cheese, dipukul menggunakan "K" Beater dengan kelajuan maksimum selama 3 minit.  Masukkan susu pekat manis, pukul rata ya.

4.  Masukkan Bahan C ke dalam Bahan A & B tadi. Gaul sebati ya.

5.  Bahagikan adunan kepada 3 warna - hijau, asal dan merah.

6.  Bakar menggunakan api atas sahaja (sebab saya pakai oven hijau untuk kek lapis).

7.  Coklat nanti ditabur bagi lapisan yang berwarna merah - alah, macam biji tembikai tu..

8.  Bakar sehingga selesai ye.

Other recipes by Nomieaziz [more..]

Reviews (displaying 7 of 12 )

From: sriandas
22:57:11 (June 29, 2010)
Setiap palis harus dibakar berapa minutes?
From: iela
16:33:07 (March 1, 2010)
alamak! iela takut nak buat yang nie a kenari, cantik sgt.. nant buat2 pastue sayang nak makan... iela tempah dari nomi jek la... :P
From: kenari
14:30:36 (March 1, 2010)
tq nomieaziz..ohh camtu oven hijau tu..so tepung hongkong tu leh replaced ngan superfine flour? OK thx sekali lg.jom iela kita trybuat!
From: Nomieaziz
12:01:45 (March 1, 2010)
sori, baru sempat nak feedback. terima kasin iela. Kenari..oven hijau, ada kat sini:- http://www.keklapis.com/content/view/124/66/ Kalau tak ada tepung hongkong, gantikan dengan tepung top atau high ratio flour - bahasa melayunya tepung paling ringan..kalau tak ada juga..superfine flour pun boleh..tapi tekstur kurang cantik.
From: iela
18:07:52 (February 23, 2010)
welcome :D
From: kenari
17:03:19 (February 23, 2010)
wow tq 4 d links iela the miela..appreciated!
From: iela
16:24:32 (February 23, 2010)
kenari, iela jumpa link nie " http://www.fairprice.com.sg ".. so kenari ley beli dari sni jek klu teringin nak buat tapi susah nak dapat tepung tu.. kenari taip jek " hong kong flour " dekat ruang search tuh :D.. okies bila da jadik kek tue then anta sni sket ek.. :D http://www.fairprice.com.sg
 
 
© TryMasak, 2009-2010. The TryMasak logo, mascots and tagline are registered trademarks of Geoflex Sdn. Bhd. All rights reserved.