Ingredients
RESEPI PUDING TEMBIKAI
klik link di bawah untuk lihat gambar di blog
Bahan-bahan:
- 7 gram agar-agar serbuk (E-na guna Swallow Globe Brand)
- 800ml air
- 100 gram gula
- 2 keping roti sandwich
- 200ml fresh milk/ susu cair
- 1 1/2 sudu besar susu pekat manis.*
- 2 sudu besar butter
- 1 sudu kecil esen vanila
- pewarna hijau dan merah
- bijan hitam sebagai biji tembikai
- Loaf pan 24cm x 8 cm x 6cm tinggi
Directions
Cara-cara
- Koyak-koyakan roti dan rendam di dalam fresh milk/ susu cair.
- Masukkan air, serbuk agar-agar dan gula ke dalam periuk dan masak sehingga gula hancur.
- Blend roti susu cair bersama susu pekat manis sehingga hancur.
- Kemudian masukkan bahan blend ke dalam periuk.
- Masukkan juga butter dan esen vanila. Kacau sehingga mendidih.
- Tutup api.
- Ambil sedikit adunan dan warnakan hijau sebagai kulit tembikai.
- Biar kan adunan keras.
- Lorek sedikit permukaan warna hijau yang telah keras dengan pengcungkil gigi.
- Ambil sedikit adunan asal kurang dari warna hijau dan curahkan ke atas lapisan hijau. Jika adunan asal beku, panaskan semula di atas api sebelum melapis. Biarkan beku.
- Setelah lapisan warna asal beku, ambil adunan dan warnakan merah sebagai isi tembikai. Masukkan bijan dan kacau rata.
- Lorek sedikit lapisan putih dengan pengcungkil gigi dan curahkan separuh adunan merah ke atasnya. Biarkan beku sedikit.
- Kemudian curahkan baki adunan merah ke dalam loyang. Sejukkan dan simpan di dalam fridge sehingga sejuk. Sedia untuk di potong dan dihidangkan. Selamat mencuba dari Lovely Kitchen.
NOTE :
- Adunan ini menghasilkan 1 loaf pan saiz di atas dan sebiji cup.
- Sukatan diatas menghasilkan puding yang lembut dan cantik.
- Sukatan susu pekat manis* itu anggaran sahaja. Masa E-na buat tu menghabiskan susu dalam tin jadi campur sedikit air dan tidak sukat dengan tepat.
TIPS LOVELY KITCHEN
- Lorekkan/ cakar lapisan yang telah beku dengan pengcungkil gigi sebelum melapis adunan seterusnya supaya puding melekat cantik antara setiap lapisaan dan tidak bercerai lapisannya apabila beku nanti.
- Biasa guna garfu untuk cakar lapisan puding tapi untuk puding tembikai lebih sesuai guna pengcungkil gigi jika lapisan agak nipis...
- Panaskan semula adunan di dalam periuk sebelum diwarnakan jika adunan sudah beku.
Reviews (displaying 0 of 0 )






© TryMasak, 2009-2010. The TryMasak logo, mascots and tagline are registered trademarks of Geoflex Sdn. Bhd. All rights reserved.