Ingredients
1 biji betik muda/mengkal- disagat memanjang (direndam selama ½ jam & ditoskan)
1/2 sudu teh kapur makan + 2 liter air
2 biji timun- dihiris nipis
1/4 biji nenas- dikupas dan dihiris nipis
Kuah:
10 ekor ikan sardin- dibersihkan, dipanggang & hancurkan isinya
5 sudu besar cili boh
2 ketul gula Melaka- diracik
2 sudu besar kicap pekat
1/2 cawan cuka/2 sudu besar pati asam jawa
garam secukup rasa
1 1/2 liter air
Directions
1. Masukkan 1 1/2 liter air, cili boh, gula Melaka dan kicap pekat ke dalam periuk dan renihkan
selama 10 minit. Masukkan cuka/pati asam jawa, isi ikan panggang, garam. Kacau rata dan
renihkan selama 5 minit. Sejukkan.
2. Untuk menghidang: Isikan parutan betik ke dalam mangkuk dan susun hirisan timun serta
nenas di atasnya. Siramkan kuah ke atasnya. Hidangkan bersama keropok ikan.
Reviews (displaying 0 of 0 )




© TryMasak, 2009-2010. The TryMasak logo, mascots and tagline are registered trademarks of Geoflex Sdn. Bhd. All rights reserved.