1) ikan siakap yang telah siap digoreng (1 ekor )
2) halia yang dihiris nipis (1 ulas )
3) bawang putih yang dikisar hancur (1 ulas)
4) air asam jawa (1 sudu kecil )
5) cili boh (2 sudu kecil )
6) sos cili (2 sudu kecil )
7) sos tomato (2 sudu kecil )
8) sos tiram (2 sudu kecil )
9) dipotong kasar (Ã��Ãï¿&f)
10) lobak merah dihiris nipis (1 batang)
11) bawang merah dihiris nipis (1 biji )
12) serbuk perasa (1 sudu kecil)
13) garam (secukup rasa)
14) daun bawang (hiasan) (1 ikat )
15) bawang merah yang dihiris nipis (hiasan) (1 biji)
16) cili hijau yang dihiris nipis memanjang (hiasan) (1 batang )
Mula-mula, panaskan minyak dan tumis bawang putih dan halia sehingga sedikit garing dan kekuningan.
Setelah naik bau, masukkan cili boh, air asam jawa, sos tomato, sos tiram dan sedikit air.Gaul bahan tadi dan didihkannya beberapa ketika.
Selepas mendidih, masukan kiub nenas.Perasakan dengan serbuk perasa. Kacau seketika supaya rasanya sebati.
Seterusnya masukkan hirisan lobak merah, sayur kobis, garam secukup rasa dan bawang merah.
Didihkan dan gaul lagi supaya semua baha teradun sebati bersama semua rasa.
Akhir sekali, curahkan kuah tiga rasa ini di atas ikan siakap yang telah siap digoreng. Hidangkannya bersama hirisan cili hijau dan bawang merah. Selamat menjamu selera dan selamat mencuba.