1) nasi putih (2 cawan )
2) kacang panjang yang dipotong kecil (2 batang )
3) lobak merah dipotong dadu (2 batang )
4) bawang putih, bawang besar, dan bawang merah yang dikisar hancur (2 sudu besar )
5) ikan bilis yang ditumbuk kasar (2 sudu besar )
6) sos tiram (2 sudu besar)
7) garam (secukup rasa)
Mula-mula, panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang besar dan bawang merah yang telah dikisar hancur. Kemudian masukkan ikan bilis sehingga naik minyak.
Seterusnya masukkan sos tiram. Masukkan nasi putih dan kacau rata bahan yang dimasukkan tadi.
Kemudian, masukkan lobak merah dan kacang panjang. Perasakan dengan sedikit garam. Gaul rata semua bahan supaya rasanya sebati.
Akhir sekali Hidangkan Nasi Goreng POCAm sedia untuk dihidang. Selamat Mencuba dan selamat menjamu selera