1) ikan merah (2 ketul )
2) santan kelapa (1 cawan )
3) rempah kari ikan (2 sudu )
4) tomato (1 biji)
5) cili hijau (2 biji )
6) daun kari (2 tangkai)
7) bawang merah yang dihiris nipis (3 ulas )
8) bawang putih dihiris nipis (3 ulas )
9) kacang bendi (5 biji )
10) serbuk perasa (1 sudu kecil)
11) garam ( secukup rasa)
Panaskan minyak dan tumis daun kari, bawang putih dan bawang merah. Goreng hingga kelihatan sedikit kekuningan.
Kemudian, masukkan rempah kari dan didihkan beberapa ketika.
Seterusnya, masukkan bahan utama iaitu ikan merah dan santan. Tutup dengan penutup periuk untuk beberapa ketika.
Renehkannya beberapa ketika supaya semua rasa meresap sebati bersama ikan tersebut dan kuahnya menjadi pekat.
Setelah isi ikan kelihatan masak, masukkan kacang bendi, tomato dan cili hijau yang telah dibelah dua.Perasakanya dengan serbuk perasa.
Gaul semua bahan yang telah dimasukkan tadi supaya rasanya benar-benar sebati.
Akhir sekali, hidangkan Kari Ikan Merah POCAM ini di atas pinggan hidangan.
Selamat menikmati hidangan