1) kepak ayam yang telah diperap bersama rempah ratus (9 ketul )
2) perencah ayam (1 kiub )
3) Brokoli China (200 gram )
Masukkan Brokoli China ke dalam periuk yang berisi air. Didihkannya selama 5 - 10 minit untuk melembutkan tekstur nya.
Setelah masak, tos dan asingkan untuk proses yang berikutnya.
Seterusnya, masukkan lagi air ke dalam periuk. Campurkan sedikit kicap soya. Sementara itu, masukkan juga ketulan kepak ayam.
Tutup periuk dengan penutupnya serta renehkannya selama 15-20 minit . Masak ayam ini di atas api yang sederhana sehingga ia benar-benar masak
Sementara menunggu ayam masak, susun atur brokoli china di atas pinggan hidangan.
Seterusnya, angkat penutup periuk. Renehkannya beberapa ketika lagi supaya semua rasa meresap sebati bersama kepak ayam tersebut dan kuahnya menjadi pekat.
Akhir sekali hidangkan kepak ayam masak kicap POCAM ini bersama Brokoli China
Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.