Memilih Kuali
Memilih Kuali
  • Kongsi

Anda mahu berjimat dengan membeli kuali murahan, tetapi semuanya tidak tahan lama, dan anda terpaksa membeli kuali baru setiap tahun. Adakah ia berbaloi berbanding membeli satu kuali berkualiti terbaik yang tahan untuk bertahun-tahun, malah juga menyenangkan kerja memasak anda.

Pertamanya, pilih kuali yang berkualiti tinggi dengan permukaan tidak melekat – ia mudah dibersihkan dan dapat mengurangkan kadar lemak. Beli kuali seperti ini dalam beberapa saiz – untuk masakan sekeluarga dan untuk hidangan seorang. Memasak kuantiti sedikit di dalam kuali yang besar menyebabkan airnya merebak nipis, membuatkan makanan cepat kering.

Kedalaman kuali juga penting. Untuk membuat makanan leper seperti telur dadar dan pancake, pilih kuali yang rendah bahagian tepinya. Jika ingin membuat masakan yang bersos dan berkuah, gunakan kuali yang lebih dalam, atau kuali menggoreng.

Apapun saiz dan bentuk kuali yang dipilih, ia harus mempunyai asas yang terbaik dan berkualiti. Memilih kuali tidak melekat adalah paling berbaloi. Kuali menggoreng tahan karat memberi rupa yang menarik, namun ia tidak dapat mengawal haba dengan baik. Anda harus memberi perhatian semasa memasak supaya makanan tidak melekat atau hangus.

Kuali besi amat berbaloi untuk dibeli. Ia memanas dengan perlahan, tetapi suhunya sekata setelah panas dan dapat mengawal haba dengan baik. Jika gemar menggoreng kering, inilah kuali yang sesuai. Kuali besi yang besar adalah sangat berat.

 

 

 

 

Reference:
http://www.cfsan.fda.gov/~dms/qa-topfd.html

KOMEN AHLI
MAKLUMAT PANDUAN & TIPS
Views 10440
Comments 12
Rasa Asli Kari Sejati